Alhamdulillah pada hari kedua Aidilfitri Tahun ini, sempat bersama-sama seluruh penduduk Kampung Beroleh iaitu penduduk Parit Haji Salleh, Parit Panchor dan Parit Hj Hashim sempat marhaban (orang Jawa menggelarnya "Baraan')dan bersalawat keliling kampung kami.
Marhaban dan bacaan salawat dimulai di rumah Encik Hamidi bin Semahon. Tahun ini kami bermula di rumahnya kerana ada tiga giliran yang dibuat iaitu sama ada bermula dari arah selatan, barat atau timur.
Pada tahun lalu marbahan bermula dari arah barat dan pada tahun ini giliran dari arah selatan pula. Tiada arah utara kerana kawasan tersebut tiada penghuni kerana kawasan Sungai Simpang Kanan.
Pasukan Marhaban yang dianggotai lebih daripada 80 orang mengandungi 10% golongan dewasa, 60% golongan remaja dan 30% golongan kanak-kanak.
Berselawat semasa Aidilfitri memang sudah menjadi amalan kami sejak bertahun-tahun yang lalu. Seingatku, dahulu dilakukan selepas solat Aidilfitri, tetapi kerana bilangan rumah yang sudah bertambah, maka ditukarkan pada hari raya kedua sampai sekarang.
Selain mengunjungi golongan tua yang tidak menyertai rombongan marhaban, kami juga memakmurkan hari yang mulia dengan bacaan marhaban dan selawat. Bermula seawal 8.30 pagi dan tamat pada pukul 5.00 petang. Walaupun penat tetapi memberi kepuasan kepada kami kerana hanya inilah sahaja waktu yang kami ada untuk mengunjungi dan bertemu setahun sekali. Marhaban dan Selawat Nabi berakhir di rumah mantan DUN Seri Gading Hj Ali Sheikh Ahmad.
Salam Aidil Fitri Ku Din
BalasPadamjarang dilakukan sekarang
bebudak asik mengadap tb shj
Wassama
W salam Sdr Rozali,
BalasPadamBetul... budak2 asyik mengadap fb aje. Tapi nampaknya di kampung saya, acara ni masih kekal. Sabtu Ahad ni pula kumpulan marhaban wanita pula akan mengelilingi kampung. Alhamdulillah.
ini ni yang kun tunggu tunggu kliling kampung.......
BalasPadamJelly Gamat Gold G