Sabtu, 20 Jun 2009

Beijing 2009

Pada 8 Jun hingga 12 Jun 2009 yang lalu, aku dan rombongan dari SAMURA berkunjung ke Beijing untuk Program Pengantarabangsaan III "Bahasa, Kebudayaan dan Sejarah". Menaiki Kapal terbang MAS MH370 kami terbang pukul 12.20 tengah malam. Walaupun aku mabuk dan muntah hampir lima kali dalam kapal terbang tetapi aku tetap bersemangat untuk meneruskan prgram ini kerana kalau tidak aku siapa lagi. Setibanya kami di Beijing di sambut oleh Jurupandu Pak Chung dan terus ke restoran Islam yang berdekatan untuk bersarapan pagi. Kemudian terus ke Kedutaan Besar Malaysia di Beijing untuk membuat lawatan rasmi di situ. Kami disambut oleh En. Wong Chong Way dan En. Azamam Abdul Samad. Kami diberikan taklimat serba sedikit tentang peranan kedutaan. Sepanjang hari pertama di Beijing, hujan turun tanpa henti. Walaupun tidak lebat sebenarnya Beijing tidak pernah mendapat hujan melainkan hujan buatan. Petang itu kami ke Summer Palace. Malamnya pula menyaksikan akrobatik dengan sistem bunyi dan cahaya yang amat menakjubkan.

Suasana pagi di Beijing memang menakjubkan. Gambar ini diambil pada pukul 5.00 pagi. Subuh pukul 2.50 pagi dan syuruk pukul 4.30 pagi. Walaupun sekarang hampir ke musim panas namun Beijing panas dan kering dengan suhu sekitar 28 darjah sahaja.
Hotel Rainbow (4 bintang) merupakan penginapan kami selama berada di Beijing. Hotelnya bersih dan menyediakan pelbagai kemudahan yang memang selesa.

Suasana paginya yang tenang menyebabkan aku begitu selesa berjubah di tengah-tengah bandar Beijing.

Hari kedua aku dan rombongan mengunjungi CRI (China Radio International) Siaran Bahasa Melayu. Memang seronok melihat sekumpulan manusia yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Anak-anak muridku membuat persembahan di lobi CRI disaksikan oleh penyiar bahasa-bahasa lain di situ.

Seterusnya kami ke Medan Tian An Men untuk menyaksikan tempat peristiwa berdarah pertempuran tentara dan juga pelajar beberapa tahun yang lalu.

Sekitar medan ini terdapat juga Parlimen bagi Negara China.

Aku bergambar berlatar belakangkan Forbidden City, Istana Maharaja yang asalnya ada 9 pintu tetapi kini hanya ada 2 pintu sahaja. Istana Maharaja China memang gah dan hebat buatannya. Sedang dibaik pulih sejak Sukan Olimpik Beijing 2008, dan dijadikan sebagai tarikan utama pelancong seluruh dunia.



Hari ketiga aku dan rombongan mengunjungi "Great Wall". Aku berbangga kerana dapat pergi ke salah satu tempat 7 keajaiban dunia. Sempat merangkak dan mendaki sehingga ke puncak yang keempat, cukup bagiku. Akhirnya aku dapat menjejakkan kaki dan melihat pemandangan yang amat mengasyikkan dari atas puncak "Great Wall".




Hari berikutnya kami ke tapak Stadium Sukan Olimpik Beijing 2008. Memang kagum dengan binaan struktur stadium. Luas dan memberikan motivasi untuk lebih bersemangat dalam kehidupan.


Berlatar belakangkan Hotel Pengu bertaraf 7 bintang sama seperti Hotel Buruj Al Arab di Dubai, pengalaman ke mari memang sukar untuk dilupakan.

Semoga dapat datang semula ke tempat ini bersama-sama keluargaku untuk melihat keindahan dan keajaiban anugerah Allah.

Aku pulang selepas membeli-belah di pusat beli-belah yang berhampiran. Perjalanan pulang tidak merisaukan aku kerana aku dah telah berbiji-biji pil mabuk dan akhirnya aku 'high' dan tidur sepanjang perjalanan. Beijing aku akan datang lagi.

Bukit Tinggi - Padang 2008

Program Pengantarabangsaan II ke Bukit Tinggi Padang Indonesia berlangsung pada Ogos 2008. Program "Bahasa dan Kebudayaan" kali ke-2 bertumpu di Bukit Tinggi dan Padang, Sumatera Barat, Indonesia.
Kami bertolak dengan menggunakan feri di Pelabuhan Port Dickson. Perjalanan ke Dumai mengambil masa selama 3 jam dan kami tiba di Dumai sebelum menuju ke Padang, Sumatera Barat. Aku dan Hafis di dalam feri bersama-sama anak2 SAMURA yang kemudiannya berasa bosan lalu ke tingkat atas feri untuk menghirup udara segar.

Setibanya di Padang, Sumatera Barat setelah menunggang MPV selama 12 jam, kami singgah di sebuah hotel dan menghabiskan masa pagi sebelum bersarapan di pantai berhampiran.


Dalam perjalanan ke Bukit Tinggi, kami singgah di beberapa kawasan menarik seperti di Air Terjun ini. Walaupun tidak berkesempatan untuk bermandi-manda, namun kesegaran udaranya yang hampir sama seperti "Mexwell Hill" amat menyenangkan.

Kami juga sempat mengunjungi Jam Gadang yang menjadi mercu tanda di Bukit Tinggi. Kawasan itulah yang menjadi kawasan pertemuan antara anak muda. Selain di situlah juga gedung beli-belah yang terkenal dengan barangan kraf tangan dan makanan ringan.

Selain memenuhi acara rasmi di SMAN1 Bukit Tinggi dan SMAN1 Padang Panjang, aku dan rombongan sempat jugak untuk membeli-belah dan mengunjungi tempat yang menarik. Bukit Tinggi memang syurga tudung dan telekung selain kraf tangan.


Selain mengunjungi pusat beli-belah, kami juga mengunjungi Rumah Gadang yang merupakan bangunan tertua dan diperbuat dengan teknologi lalu tanpa sebatang paku dan dengan sturktur yang tidak memungkinkan roboh walau dalam keadaan gempa bumi sekalipun.

Setelah tamat segala program yang dirancangkan, dan semuanya berjalan dengan lancar, kami pulang ke tanah air dengan menggunakan pesawat Air Asia.

Moga dapat berkunjung semula ke tempat ini pada November 2009 akan datang.

Umrah 2008

Pada tahun 2008, sekali lagi aku pergi umrah dengan keluarga. Kali ini selain anak-anak dan isteriku, mentua dan kakak ipar, aku juga turut membawa emak aku. Pemergian pada kali ini amat mencabar kerana aku terpaksa menjadi tulang belakang disebabkan oleh semua yang pergi sudah uzur. Ayah mentua dan mak mentua pun sudah berumur lebih 60 tahun dan aku juga membawa emakku yang sudah menjangkau 70 tahun.

Cuaca yang panas turut mencabar kesabaran aku dan famili. Walau bagaimanapun perjalanan kami tempuh kerana-Mu ya Allah.

Mekah dan Madinah adalah tempat yang 'the best in the world'. Datang ke tanah haram ini berpuluh-puluh kali menjadi idamanku. Bersujud di Masjid-Mu memang mengasyikkan. Ketenangan dan segala-galanya ada di sini.

Aku, Isteri dan anak-anak bersama-sama emakku membeli kurma di ladang kurma di Mekah.


Aku, Isteri dan anak-anak di hadapan hotel sementara menunggu ketibaan bas untuk membawa kami berziarah ke tempat-tempat bersejarah sekeliling kota Mekah.


Anakku Atiqah dan isteriku Anilah di dalam Masjidi al Harram.


Memang sudah lama aku pendam hajat untuk membawa emakku bersama-sama. Kali terakhir aku bersama-sama mereka ialah sewaktu arwah ayahku masih hidup iaitu pada tahun 1997. Itulah pertama kali aku ke Mekah, dan umrah kali pertama pada tahun 1997 tidak dapat aku lupakan sepanjang hayatku.


Ayah dan ibu mentuaku bergambar berhampiran Masjid Terapung di Jeddah sebelum berlepas pulang ke tanah air.


Isteri, anak dan iparku di Lapangan Terbang King Abdul Aziz sementara menunggu kapal terbang untuk pulang ke tanah air.


Anakku 'Atiyah yang tidak banyak kerenah sepanjang ibadah kami di Tanah Suci Madinah dan Mekah. Semoga dapat mengunjungi Madinah dan Mekah berulang-ulang kali lagi. Amin.

Umrah 2004

Aku dan keluarga berangkat untuk mengerjakan umrah pada 27 Mei 2004. Inilah kali pertama aku membawa seluruh keluargaku mengerjakan umrah.



Mungkin cabaran agak berbeza pada kali ini disebabkan aku membawa anak-anakku sekali. Selain itu hanya aku orang yang dewasa lelaki, sedangkan ayah mentuaku sudah agak uzur, manakala anak-anak lelakiku semuanya masih kecil.


Walau bagaimanapun semuanya berjalan dengan lancar. Kami menaiki pesawat Emarates dan singgah di Dubai sebelum ke Jeddah. Dapatlah singgah dan melawat beberapa tempat menarik termasuk Buruj al-Arab iaitu Hotel 7 bintang.



Setibanya di Jeddah, kami terus menaiki bas dan menuju di Madinah. Kami tinggal di Hotel Al Hussam iaitu bertentangan dengan makam nabi.



Sempat juga mengunjungi tempat-tempat bersejarah dengan anak-anakku. Doaku agar dapat datang dan mengunjungi masjid al nabawi dan masjid al Harram berkali-kali.