Sabtu, 21 Ogos 2010

Rindu Mekah

Rindu pada Mekah dan Madinah tidak terbendung setiap kali menatap gambar-gambar yang diambil dua tahun yang lalu. Entah bila dapat berkunjung lagi. Itulah tempat yang idaman, tiada tempat lain yang terbaik selain daripada Mekah dan Madinah.

Kali kedua bersama-sama emak. Kali pertama pada tahun 1997 ketika itu arwah ayah ada lagi. Kedatangan kali ke-2 pada tahun 2008 mengimbau kenangan lama sementelahan tempat tinggal kami sudah tiada lagi ketika ini. Masih ingat arwah ayah menunggu emak di tiang lampu berhampiran Pejabat Pos di Madinah.
Selama ini tidak pernah mengambil gambar di dalam Masjidil Haram. Walaupun hanya menggunakan telefon bimbit untuk mengambil gambar, tetapi inilah gambar terbaik yang mampu kuambil bagi mengabdikan kenang-kenangan. Di belakang tulah tempat CL bertugas iaitu di menara berkembar Orchid Hotel.


Sementara menunggu kedatangan bas yang akan membawa kami ke Jabal Rahmah, sempatlah membeli-belah di kedai-kedai yang ada di hadapan hotel.


Entah bila kami akan berkunjung lagi. Mudah-mudahan Disember 2011 semuanya akan menjadi kenyataan. Insya-Allah.