Rabu, 25 November 2009

Langkawi 2009

Langkawi dikunjungi buat kali kedua pada tahun ini dalam tempoh masa dua bulan. Kali kedua ini aku dan keluarga mengunjunginya setelah kali terakhir pada tahun 1996 iaitu 13 tahun yang lalu. Aku, isteriku, anak-anakku 'atif, 'ammar, dan eya, serta mentuaku bergerak dari rumah seawal 4.00 pagi 23 November 2009 menuju ke LCCT untuk menaiki pesawat airasia ke Pulau Langkawi. Kapal terbang berlepas pukul 7.30 pagi dan tiba di Langkawi pada pukul 8.30 pagi...



Hari Pertama 23 November 2009.

Sarapan pagi di Padang Matsirat, roti telur, roti canai dan nasi lemak jadi juadah pagi. Lawatan pertama ke Beras Terbakar di Padang Matsirat.




Seterusnya ke Kereta Kabel tetapi terpaksa dibatalkan kerana penuh dengan pengunjung dan kalau kami menunggu pasti hampir dua jam baru dapat naik ke puncak Gunung Mat Cincang. Hasrat itu kami batalkan.



Seterusnya, dalam perjalanan turun kami mencari the loaf, kedai bakery kepunyaan mantan PM, Tun Mahathir tetapi tidak berjumpa.



Langsung kami ke tempat lain iaitu Pusat Kraf Tangan, banyak yang menarik di situ, eya membeli gelang tangan bertatah berlian dengan huruf 'eya'....



Kemudian singgah di Pantai Pasir Hitam. 13 tahun yang lalu kami singgah juga di situ, dan pantai itu masih berwarna hitam hingga sekarang.



Langsung ke Galeri Perdana. Anak-anak suka dengan tempat ini kerana dapat melihat cenderamata kepunyaan Tun dipamerkan di sini. Penat dan habiskan hari pertama. Tinggal di Langkawi Seaview Hotel kamar 419 dan 421, malamnya makan malam di bazzar berhampiran hotel. Singgah di Hj Ismail Group Building untuk window shopping.



Hari Kedua 24 November 2009.

Hari ini hari lahirku... Hanya wife je yang wish birthday.... Lokasi pertama yang dituju selepas sarapan ialah Kereta Kabel, bayar dendam sebab semalam tak dapat naik. Tiba di sana counter belum buka lagi. Beli tiket dan naik ke puncak.



Kemudian turun dan mengunjungi Underwater World, Pantai Cenang, Makam Mahsuri dan menghabiskan sebahagian besar masa shopping coklat, crystal dan makan di Mc D di Langkawi Mall. Pulang ke bilik hotel untuk berehat sepenuhnya...



Hari Ketiga 25 November 2009

Bangun pagi, check out daripada hotel dan menuju ke Dataran Lang untuk beri peluang kepada anak-anak melihat keindahan statue burung helang di situ. Terus menuju ke lapangan terbang, check in dan berlepas ke LCCT Sepang pada pukul 12.30 tengah hari. Tiba di LCCT Sepang dan bertolak balik ke Kajang.

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Mac tahun 2010 kami ke Kota Kinabalu menghabiskan masa bersama-sama lagi.