Selasa, 8 Jun 2010

Vietnam 7-10 Jun 2010


Seawal 12.00 tengah malam, 7 Jun 2010 kami berangkat bersama-sama 18 orang peserta pengantarabangsaan SAMURA ke Lapangan Terbang Tambang Murah untuk ke Ho Chih Minh City, Vietnam. Tiba awal kira-kira pukul 3.30 pagi, semua peserta menunggu dengan sabar 12 orang lagi pelajar yang akan turut serta dalam program ini. Bersama-sama anak kedua Ahmad 'Atif bertolak ke Lapangan Terbang Vietnam dengan penuh semangat untuk meneroka bumi Vietnam dan penghuninya. Tempat pertama yang dilawati ialah Pejabat General Konsulat Malaysia di Ho Chih Minh City, Vietnam. Selepas itu makan tengah hari di sebuah restoran Kashimir iaitu di Tandor.



Seterusnya kami melawat Muzium Peperangan yang terdapat di bandar Ho Chih Minh City, Vietnam. Terdapat banyak kesan peperangan melalui gambar dan replika yang disediakan di sekitar muzium tersebut. Kesedaran harus timbul dalam diri seandainya seseorang itu menghadapi saat getir dalam peperangan tentu kesabaran tidak dapat merajai hati lagi.

Kami makan beramai-ramai di sebuah restoran Kashmir di bandar raya HCMC. Makanan yang dihidangkan memang sedap, banyak dan tidak terhabis dimakan. Kebetulah berjumpa dengan seorang pekerja yang pandai bercakap bahasa Melayu kerana pernah bekerja di Bakri Muar sebagai buruh peladangan di situ.


Selepas itu, kami mengungjungi Commitee Member's Hall sebuah bangunan bersejarah yang meninggalkan seribu satu kenangan kepada penduduk Vietnam. Di hadapan bangunan tersebut tersergam Indah taman yang cantik dan menarik di situ. Walaupun bas rosak di tepi jalan, tetapi pengalaman itu sungguh menyeronokkan.

Petang dihabiskan dengan menelusuri bandar raya HCMC, dan pada sebelah malam selepas makan malam di sebuah restoran Islam kami pulang ke hotel Song Anh untuk berjalan-jalan di pasar malam di Ban Tham Market bersebelahan dengan hotel tersebut.

Hari kedua di HCMC kami bersarapan pagi di sebuah kedai halal di HCMC dan menunggu hampir satu jam barulah makanan tiba. Roti canai segera berkuah kari, dan nasi goreng dengan air kopi susu cuma 3/4 cawan sahaja. Selepas itu berangkat ke HUFO (HCHC Union of Friendship) sebuah pertubuhan NGO yang menyelaras program kemasyarakatan dan kemanusiaan. Disambut dengan meriah oleh kakitangan HUFO dan turut dihadiri oleh pelajar Universiti Tempatan. Pelajar-pelajarku membuat persembahan klip video, tarian zapin, bercerit pasal batik dan wau serta mendeklamasi sajak. Kemudian mereka mengajar siswa Vietnam dengan bahasa Melayu dan juga menari zapin.

Kemudian berangkat ke Cu Chi Tunnel, kesan peninggalan perang Vietnam dan Amerika Syarikat. Turut menimba pengalaman dengan memasuki terowong bawah tanah, ada yang merangkak, ada yang berjalan seperti itik dan sebagainya. Perjalanan pergi mengambil masa 1 jam 15 minit dan cuaca yang baik memberi peluang kepada kami untuk memahami erti peperangan.


Dalam perjalanan pulang kami singgal di salah sebuah masjid yang terbesar di HCMC dan bersolat jamak qasar zuhor dan asar di sana.

Kemudian makan malam di Restoran Melayu, sayur bening, telur masak sambal, ikan fillet lemon grass, keropok dan kuah kari... okey la... Selepas itu pulang ke hotel dan merayap di Ben Thanh Market sambil berkenalan dengan orang Melayu Champa. Satu masa nanti mahu melihat perkampungan mereka untuk mengenal dengan lebih dekat tentang Melayu Champa.

Hari Ketiga akan melakukan atur cara yang sama di sebuah Kolej Teknikal di HCMC. Sebelum ke sana bersarapan pagi di Restoran Singapura di Saigon. Makan nasi lelak. okeyla...


Sempat bergambar kenang-kenangan dengan Vespa lama yang diubah suai. Terus menuju ke Kolej Ley Tu Trung dan melakukan atur cara rasmi di sana. Kami di sambut dengan meriah dan menyaksikan perjanjian MoU antara SAMURA dan Kolej tersebut.


Pada sebelah petangnya menghabiskan masa membeli-belah di bandar HCMC dan sempat berkunjung ke perkampungan Melayu Champa di tengah-tengah kota HCMC. Malamnya kami makan malam secara Grand di Hotel Majestic, Saigon hotel bertaraf 5 bintang. Huhu.. Hari terakhir di HCMC kami akan berangkat ke Dataran Mekong, menaiki bot menuju ke pulau yang menempatkan pusat pelancongan pertanian iaitu penanaman buah longan. Dihidangkan dengan makanan yang dihasilkan di situ seperti madu, candy kelapa, buah-buahan tropika dan nyanyian oleh penduduk tempatan amat menghiburkan.



Pengalaman menaiki sampan menyusuri sungai kecil memang tidak dapat dilupakan. Dikemudi oleh wanita separuh umur, membawa kami yang berbadan sasa, menyebabkan sampan yang dinaiki tidak bergerak dan sentiasa mengempar ke kanan. Akhirnya dengan penuh yang membasahi tubuh wanita tersebut kami berjaya menaiki bot yang sudah menunggu di pertengahan muara.


Berangkat pulang ke tanah air selepas makan tengah hari di Restoran Melayu, bersolat jamak takhir di Masjid Dong, berjumpa Tuan Helmy Sulaiman Pengarah MEPC yang sememangnya orang yang menguruskan lawatan ini. Tiba di lapangan terbang kami menguruskan semua beg dan check-in tanpa sebarang masalah. Selamat berlepas pada pukul 7.55 walaupun lewat 35 minit namun tepat sampai di LCCT Sepang pada pukul 10.55 malam. Kenangan abadi yang sukar dilupakan.

2 ulasan:

  1. Terimakasih kerana bawakan berita terkini . Wpun jauh sempat juga menulis.....
    Nampak padatkan lawatan tu...

    BalasPadam
  2. Pengalaman yang menyeronokkan.

    BalasPadam