Sabtu, 22 Mei 2010

Kota Singa 2010


Sabtu 22 Mei 2010. Bersama-sama 33 orang lain, keluargaku berangkat ke Kota Singa setelah tidak berkunjung 21 tahun yang lalu. Seawal 4 pagi kami bangun untuk menuju ke Muar kerana bas sudah menunggu di sana.


Menaiki bas dua tingkat, pengalaman kedua menuju ke kota singa. Bersama-sama tiga orang anakku atif, ammar, dan eya bersama iqbal menjelajahi Kota Singa bersama-sama guru-guru SAMURA sebagai persediaan pengantarabangsaan ke Singapura bersama-sama pelajar SAMURA pada 1 dan 3 Julai akan datang.

Tempat pertama yang ditujui ialah Pulau Sentosa, walaupun berkesempatan hanya 2 minit menaiki MRT memberikan pengalaman yang berharga. Kemudian mengunjungi Images of Singapore melihat Singapura dari awal penubuhan hingga sekarang. Resort World yang terletak bersebelahan menjadi penggerak untuk aku kunjungi pada 3 Julai nanti.

Kemudiannya makan tengah hari di restoran yang ada di Pulau Sentosa sebelum menaiki bas shuttle ke parking lot. Kemudian menuju ke Masjid Sultan. Selepas solat jamak qasar, minum di Restoran Maimunah dan mengunjungi Arab Street untuk membeli cenderamata.

Destinasi terakhir ialah di Geylang Serai sebelum meninggalkan Singapura dengan penuh kenangan dan keseronokkan menghabiskan hujung minggu bersama-sama keluarga. Akhir tahun aku akan ke Beijing bermain salji. Doakan semoga panjang untuk destinasi terakhirku...

5 ulasan:

  1. Aslkm cikgu

    Wah hebat cikgu! Tahniah...selalu buat N3 ya...

    BalasPadam
  2. haha Bonda...terima kasih sebab sudi singgah.. Insya-Allah anakanda akan terus membuat N3 dari semasa ke semasa...

    BalasPadam
  3. Assallamualaikum,

    Seronoknya dapat melihat mereka melawat ke tempat menarik di Singapura.

    BalasPadam
  4. salam from makkah..

    nice view....


    waslam

    BalasPadam
  5. Terima kasih CL kerana sudi mampir.. Destinasi seterusnya ialah Vietnam...

    BalasPadam