Sabtu, 2 Oktober 2010

Jalan2 Jumpa Geng Lama

Add Image2 Oktober 2010 detik berharga kerana setelah hampir 25 tahun tidak berjumpa, berkumpulah kembali di Kuala Lumpur. Plan awal aku hanya berjumpa Jamil Rahman dan Jailani Yassin. Jamil memang kerap berjumpa terutama setiap kali transit di Kuching. Kami memang akrab apatah lagi tinggal serumah sewaktu di Maktab Perguruan pada tahun 1983 yang lalu. Aku memang rapat dengannya apatah lagi dulu dia ada adik perempuan yang cun... malangnya Jamil ni tak bagi peluang langsung... huhuhu

Jailani Yassin pula memang kembarku yang selalu menyakitkan hati dan membuatku merajuk selalu, teman yang akrab dan banyak cerita lama tersimpan dalam lipatan kenangan masing-masing. Inilah pertemuan selepas tidak berjumpa selama 25tahun. Kali terakhir bertemu dengannya di Mentakab sekitar tahun 1986, sehingga sekarang barulah dia dapat ditemui. Mengembang hampir 200%, memang best jumpa kau bro...
Abdullah Harun kali terakhir ditemui pada tahun 1986. Aku ikut dia pulang ke Pedas Negeri Sembilan, kali terakhir berjumpa ayahnya dan kakaknya yang meninggal dunia tidak lama selepas aku bertemu mereka. Aku tak boleh lupa pandangan terakhir ayahnya sewaktu aku menoleh dari belakang motor yang dipandu oleh dek. Dolah, sapu tangan kau masih aku simpan... tapi hingus yang kausapu kat sapu tangan tu dan aku basuh.

Abdullah Ibrahim dan juga Ridzuan Ramli memang tidak dijumpai sejak posting dahulu. Masih macam dahulu2 juga, periang dan aku terasa ko memang masih anggap aku kawan ko macam dulu2...
Thanks korang... Kalau aku tak datang REUNION 4 Disember nanti bukan bermakna aku tak mahu menunjukkan diriku yang makin tembam ni, tetapi mungkin ketika itu aku tiada di Malaysia atau mana tau ajal maut di tangan tuhan...
Apa2pun aku puas hati jumpa korang.

4 ulasan:

  1. x sangka..pertemuan sepetang itu cukup membangkitkan rasa bagai org muda...almaklum..lama x jumpa...bukannya apa..sekadar sronok mengenang n mengutuk sesama kawan..rasa mcm kat maktab je....cuma keadaan fizikal saja yg berbeza..perangai masih mcm dulu...gilagila

    BalasPadam
  2. Aslkm cikgu

    Seronokkan jumpa kawan2 sepermainan dulu. Suka baca ayat2 cikgu, sempoi je.Tapi ayat 200% tu melampau sgt cikgu.

    Ada masa kita jumpa, insyallah

    mamaju.

    BalasPadam
  3. Mama Ju: Ayat cikgu BM memang macam tu Mama, tak pandai puitis. Insya-Allah kita akan berjumpa suatu masa nanti.

    BUN: itu baru jumpa 5 orang, kalau jumpa ramai lagi mcana ye gempitanya.

    BalasPadam