Sabtu, 10 Julai 2010

Padang-Bukit Tinggi, Sumatera Barat 2010





PADANG, SUMATERA BARAT, INDONESIA 26 Jun 2010, aku berangkat ke Padang, Sumatera Barat Indonesia untuk kali ke-2. Kedatangan pada kali ini untuk sehari semata-mata untuk melihat kembali Padang yang pernah dikunjungi pada tahun 2008. Bertolak dari LCCT seawal 8.40 pagi waktu Malaysia dan tiba di Padang pada pukul 8.00 pagi WIB (Waktu Indonesia Barat).
Lapangan Terbang Bandara (Bandar Udara) dari atas kapal terbang

Dapat maklumat daripada Wikipedia tentang Kota Padang. Kota ini terkenal dengan masakan Padangnya, seperti rendang, soto dan sate Padang, dengan Restoran Padang banyak terdapat di seluruh kota besar di Indonesia. Padang juga dikenal dengan legenda Siti Nurbaya dan Malin Kundangnya. Di bukit Muara, terdapat kubur Siti Nurbaya dengan sebuah jambatan yang juga bernama Siti Nurbaya, manakala di pantai Air Manis terdapat batu Malin Kundang. Beberapa jam dari pantai Padang ke arah Teluk Bayur terdapat pantai Carolina. Pada waktu petang pantainya kadang-kadang dikunjungi sekawanan ikan lumba-lumba yang menambah daya tarik pelancong.

Pemandangan luar melalui kereta Pak Suhardi

Selepas menunggu beberapa ketika aku mengambil keputusan untuk menyewa kereta Pak Suhardi yang lebih mesra dipanggil Pak Su untuk mengelilingi Padang-Bukit Tinggi. Menaiki kenderaan pacuan 4 roda dengan sewa agak berpatutan aku dicadangkan untuk mengikuti laluan yang lebih jauh ke Bukit Tinggi bagi melihat jejak kawasan gempa bumi kedua di Sumatera yang menenggelamkan 3 buah kampung bersama-sama penghuninya kerana ketiga-tiga buah kampung ini terletak di sebelah gunung. Oleh sebab gunung ini runtuh, maka kampung-kampung tersebut ditenggelamkannya. Tiada penghuni yang selamat kecuali penghuni kampung yang pada waktu itu berada di luar dari situ atau yang sedang merantau.



Stesen Bas Padang Pariaman

Pemandangan salah sebuah kampung yang menggelunsur akibat gempa bumi

Gambar kampung yang tertimbun akibat runtuhan Gunung Tigo

Gambar lohong besar yang terjadi akibat gempa bumi di Padang

Padang Pariaman adalah sebuah kabupaten di provinsi Sumatera Barat, Indonesia. Kabupaten ini memiliki luas wilayah 1.328,79 km² dan populasi 370,489 orang. Pada 30 September 2009, gempa bumi kekuatan 7.6 SR menggegarkan pesisir barat Sumatera, tepatnya di perairan laut Pariaman. Episentrum gempa berada sekitar 57 kilometer barat daya Padang Pariaman pada kedalaman 71 kilometer dari permukaan laut. Padang Pariaman menjadi kabupaten yang mengalami gegaran paling kuat sebesar VII MMI. Akibatnya, wilayah ini menjadi lokasi dengan kerosakan terbesar yang tersebar di 17 kecamatan. Di 3 kecamatannya: Patamuan, V Koto Timur dan V Koto Kampung Dalam terjadi longsor yang parah dari Gunung Tigo, iaitu kira-kira 289 warganya tertimbus dalam runtuhan. Menurut data sementara Satkorlak PB, jumlah korban maut akibat gempa di kabupaten ini mencapai 675 orang. Gempa juga merosak prasarana 37 jalan raya mengalami kerosakan. Beberapa buah jambatan juga mengalami kerosakan. Selain Padang Pariaman, wilayah lain yang mengalami kerusakan parah adalah Kota Padang, Kabupaten Pesisir Selatan, Kota Pariaman, Kota Bukittinggi, dan Kota Padangpanjang.

Dalam perjalanan ke Bukit Tinggi, aku sempat lalu di beberapa buah tempat yang menyaksikan kematian dalam gempa bumi 29 September lalu. Memang menginsafkan, namun semuanya kelihatan seperti biasa sekarang. Walaupun kerosakan yang berlaku masih belum pulih sepenuhnya tetapi kesan-kesan gempa bumi itu masih kelihatan di sana sini. Sempat juga aku berhenti makan tengah hari di sebuah warung di pinggir jalan dan menikmati hidangan nasi Padang yang menyelerakan dengan pelbagai juadah. Antaranya bergedil, gulai kepala ikan 'fresh' kerana penduduk di sini berada benar-benar bersebelahan dengan pantai, jadi ikan yang dihidangkan memang segar dan manis.

Sepanjang perjalanan kami berbual-bual tentang Padang dan Bukit Tinggi. Banyak informasi yang diperolehi daripada Pak Suhardi. Kami juga melalui kelok 44 menuju ke Bukit Tinggi. Jikalau sewaktu kunjungan pertama aku ke Padang melalui Pelabuhan Dumai melalui kelok 9 tetapi kali ini aku melalui kelok 44 iaitu ada sebanyak 44 selekoh yang terpaksa dilalui dari bawah hingga ke puncak Bukit Tinggi.

Sebelum tiba di puncak, aku sempat berhenti bersembahyang jamak qasar di sebuah masjid yang baru dibina semula selepas gempa bumi yang berlaku, buatannya halus dan bentuknya juga indah. Kampungnya juga damai dan menurut Pak Suhardi, perkampungan di sini aman dan tidak ada apa-apa jenayah yang berlaku walaupun kecurian.


Sampai di puncak Bukit Tinggi akupun terus ke Menara Gadang dan ke Pasar Besar berhampiran Menara Gadang itu. Banyak pengunjungi mengunjungi Menara Gadang kerana tempat tersebut dijadikan sebagai pusat pertemuan antara manusia. Ada yang bergambar, bersantai dan ada yang kelihatan berbual-bual. Pelbagai kemudahan pelancongan seperti delman juga turut disediakan. Aku pun terus membeli cenderamata yang dicari, lalu pulang dan sempat berhenti untuk membeli sajai iaitu ole-oleh kerepek dan keropok sebelum mengunjungi pusat menjual telekung dan tudung. Kota Bukit Tinggi memang terkenal dengan hasil buatan tangan telekung dan tudung.


Dalam perjalanan pulang ke Padang, hujan turun renyai-renyai dan kelihatan banyak kenderaan yang turun dari Bukit Tinggi. Sempat bermalam di rumah Pak Suhardi kerana nak menjimatkan kos tinggal di hotel.

Awal pagi menuju ke Bandara kerana kapal terbang akan bertolak pada pukul 8.40 pagi. Sebelum itu sempat makan lontong dan juga minum teh telur.

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan.








4 ulasan:

  1. Assalammualaikum cikgu

    wah jalan2 mengelilingi dunia!
    Byk berjalan luas pandangan...kg yg berlubang tu gambar kat Padang jgak ke...Ya Allah insafnya...

    OK nanti tunjuk lagi gambar2 menarik..

    BalasPadam
  2. salam cikgu KU DIN


    bestnyer...teringat masa cl p dulu..

    makanan memang first class sana..sedappppp


    wasalm

    BalasPadam
  3. Salam,

    Saya dan famili akan ke padang-bikittinggi, boleh saya dptkan no tel Pak Suhardi utk menyewa kenderaan disana?

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan yang baik dengan penuh rasa kekeluargaan dengan harga tour yang sangat berpatutan di daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia seperti : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    BalasPadam