Sabtu, 20 Jun 2009

Beijing 2009

Pada 8 Jun hingga 12 Jun 2009 yang lalu, aku dan rombongan dari SAMURA berkunjung ke Beijing untuk Program Pengantarabangsaan III "Bahasa, Kebudayaan dan Sejarah". Menaiki Kapal terbang MAS MH370 kami terbang pukul 12.20 tengah malam. Walaupun aku mabuk dan muntah hampir lima kali dalam kapal terbang tetapi aku tetap bersemangat untuk meneruskan prgram ini kerana kalau tidak aku siapa lagi. Setibanya kami di Beijing di sambut oleh Jurupandu Pak Chung dan terus ke restoran Islam yang berdekatan untuk bersarapan pagi. Kemudian terus ke Kedutaan Besar Malaysia di Beijing untuk membuat lawatan rasmi di situ. Kami disambut oleh En. Wong Chong Way dan En. Azamam Abdul Samad. Kami diberikan taklimat serba sedikit tentang peranan kedutaan. Sepanjang hari pertama di Beijing, hujan turun tanpa henti. Walaupun tidak lebat sebenarnya Beijing tidak pernah mendapat hujan melainkan hujan buatan. Petang itu kami ke Summer Palace. Malamnya pula menyaksikan akrobatik dengan sistem bunyi dan cahaya yang amat menakjubkan.

Suasana pagi di Beijing memang menakjubkan. Gambar ini diambil pada pukul 5.00 pagi. Subuh pukul 2.50 pagi dan syuruk pukul 4.30 pagi. Walaupun sekarang hampir ke musim panas namun Beijing panas dan kering dengan suhu sekitar 28 darjah sahaja.
Hotel Rainbow (4 bintang) merupakan penginapan kami selama berada di Beijing. Hotelnya bersih dan menyediakan pelbagai kemudahan yang memang selesa.

Suasana paginya yang tenang menyebabkan aku begitu selesa berjubah di tengah-tengah bandar Beijing.

Hari kedua aku dan rombongan mengunjungi CRI (China Radio International) Siaran Bahasa Melayu. Memang seronok melihat sekumpulan manusia yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Anak-anak muridku membuat persembahan di lobi CRI disaksikan oleh penyiar bahasa-bahasa lain di situ.

Seterusnya kami ke Medan Tian An Men untuk menyaksikan tempat peristiwa berdarah pertempuran tentara dan juga pelajar beberapa tahun yang lalu.

Sekitar medan ini terdapat juga Parlimen bagi Negara China.

Aku bergambar berlatar belakangkan Forbidden City, Istana Maharaja yang asalnya ada 9 pintu tetapi kini hanya ada 2 pintu sahaja. Istana Maharaja China memang gah dan hebat buatannya. Sedang dibaik pulih sejak Sukan Olimpik Beijing 2008, dan dijadikan sebagai tarikan utama pelancong seluruh dunia.



Hari ketiga aku dan rombongan mengunjungi "Great Wall". Aku berbangga kerana dapat pergi ke salah satu tempat 7 keajaiban dunia. Sempat merangkak dan mendaki sehingga ke puncak yang keempat, cukup bagiku. Akhirnya aku dapat menjejakkan kaki dan melihat pemandangan yang amat mengasyikkan dari atas puncak "Great Wall".




Hari berikutnya kami ke tapak Stadium Sukan Olimpik Beijing 2008. Memang kagum dengan binaan struktur stadium. Luas dan memberikan motivasi untuk lebih bersemangat dalam kehidupan.


Berlatar belakangkan Hotel Pengu bertaraf 7 bintang sama seperti Hotel Buruj Al Arab di Dubai, pengalaman ke mari memang sukar untuk dilupakan.

Semoga dapat datang semula ke tempat ini bersama-sama keluargaku untuk melihat keindahan dan keajaiban anugerah Allah.

Aku pulang selepas membeli-belah di pusat beli-belah yang berhampiran. Perjalanan pulang tidak merisaukan aku kerana aku dah telah berbiji-biji pil mabuk dan akhirnya aku 'high' dan tidur sepanjang perjalanan. Beijing aku akan datang lagi.

1 ulasan: