Selasa, 14 Disember 2010

Beijing 9-14 Dis 2010

9 Dis 2010
Impian kami sekeluarga untuk bercuti bersama-sama tercapai. Bertolak sewawal 1.20 pagi selepas menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran anak kedua 'Atif pada 9 Disember 2010, menuju ke KLIA menaiki bas yang disediakan. Check in pukul 6.00 pagi dan terus sarapan di McD. Berdebar-debar menunggu untuk terbang dengan MH1030 ke Beijing bersama-sama 20 orang yang lain. Berangkat pukul 9.15 pagi dan Dalam flight semuanya terlena sebab sepanjang malam tidak tidur lena. Exited nak main salji...
Tiba di Beijing pukul 3.30 petang, hari semakin gelap kerana matahari terbenam pukul 4.30 petang. Terus ke restoran... Makan time... selepas itu baru check in di Hotel Rainbow, hotel yang pernah dikunjungi tahun 2009 yang lalu. Jumpa lagi Encik Azamam dari Kedutaan Malaysia di Beijing membawakan makanan dan juga flask. Terima kasih atas layanan yang tidak terhingga, thermos tu sangat berguna kerana sentiasa digunakan sepanjang lawatan.
10 Disember 2010
Selepas sarapan pagi, mengunjungi Great Wall of China, sebelum itu singgah di pusat jade dan kristal. Menghabiskan 2 jam di Great Wall of China, walaupun tidak mendaki seperti pada tahun 2009, tetapi memberi peluang kepada anak-anakku menuju ke puncak. Pergi ke Pusat Krim Terbakar sebelum menghabiskan masa selama 2 jam shopping di Yaxiau Market, makan malam dan pulang ke hotel.
11 Disember 2010
Selepas sarapan pagi dalam bilik kami berangkat ke Medan Tianaanmen dan Forbidden City. Hari yang paling sejuk kerana suhu mencecah -12 degree. Perjalanan sepanjang 4 km mengambil masa hampir dua jam terdedah dengan suhu sejuk memberikan pengalaman yang tidak ternilai. Maklumlah tak pernah merasai sejuk sebegitu selain di Madinah pada tahun 2002, itupun suhunya cuma +9 tapi dah sejuk. Selepas tu mengunjungi pusat mutiara dan pusat perubatan tradisional Herba Cina. Semuanya direncanakan lebih awal, makan tengah hari awal, solat jamak qasar awal sebab hendak menyaksikan pertunjukan akrobatik, selepas itu barulah makan malam dan terus pulang ke Bilik 817,818 dan 819 Hotel Rainbow tempat kami menginap selama di Beijing.

12 Disember 2010
Katanya perlu bergerak seawal 8.00 pagi kerana hendak mengunjungi Summer Palace. Memang sejuk kerana tasik buatan di situ sudah membeku walaupun belum sepenuhnya. Tangan terketar-ketar kerana kesejukan, pemandangan di situ memang menawan hati. Bergerak ke pusat sutera dan pusat permata dan teh, selepas itu sebelum menghabiskan membeli belah di Silk Streer Market.


13 Disember 2010
Sarapan pagi di bilik hotel juga dengan menghabiskan makanan-makanan yang dibawa dari Malaysia, terus menghabiskan awal pagi ke Pusat Besi berhampiran Stadium Olimpik. Kemudian menghabiskan masa membeli-belah di Tianya Market, Silk Street Market dan Hong Yu Market, selain Toy City. Di situ terus ke rumah Encik Azamam untuk makan malam. Layanan baik daripadanya memang tidak terbalas, dihidangkan nasi berlaukkan sotong, ulam timun dan peria dengan sambal belacan dan sayuran dan pencuci mulut puding karamel, buah longan, keropok memang tidak dapat dilupakan. Kami makan menggunakan tangan kerana selama berada di Beijing hanya garfu dan sudu yang digunakan. Dihantar pulang menaiki kereta Chery baru mereka dan terus berkemas untuk berangkat pulang keesokan harinya.

14 Disember 2010
Seawal 5.00 pagi sudah menurunkan beg-beg pakaian ke lobi, sebelum check out pukul 5.30 pagi. Tiba di lapangan terbang Beijing dan terus solat subuh sementara menunggu beg2 di check in. Tepat jam 9.30 pagi berlepas pulang ke KLIA dan tiba pada pukul 3.30 petang. Anak sulungku terus ke Kajang menaiki limosin dan kami pulang menaiki bas yang disediakan ke Batu Pahat. Tiba di Batu Pahat pukul 8.00 malam dan tiba di rumah dengan selamatnya pada pukul 9.30 malam.
Kenangan bersama-sama famili yang tidak dapat dilupakan pada usia perkahwinan kami yang ke-20, sebagai hadiah hari lahir untukku (24 Nov), atiqah (7 Nov), Atif (9 Dis), Eya (24 Dis), ammar (17 Jan) dan isteriku anne (18 Jan). Bulan Mei 2011 nanti aku ke Perth ,Australia dan Hujung tahun 2011 atau awal tahun 2012 kami sekeluarga bercadang untuk menjadi tetamu Allah di MH dan MM di Kingdom of Arab Saudi.

Selasa, 7 Disember 2010

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke-50

Tanggal 3 Disember 2010 genaplah 50 tahun ulang tahun perkahwinan Mentuaku, Tuan Haji Ismail bin Ahmad dan Puan Hajah Fatimah Binti Saad. Mereka disatukan pada 3 Disember 1960. Sambutan Jubli Emas diadakan di Hotel Equtorial Melaka dan dihadiri oleh 36 orang ahli keluarga. Kejutan yang dibuat kepada kedua-dua orang mentua telah dirancang hampir setahun yang lalu. Semua urusan dilakukan melalui mukabuku (Facebook) oleh isteri dan iparku bersama-sama mak cik dan anak-anak saudara mereka.
Pada 3 Disember 2010, kesemuanya bergerak ke A Famosa Resort untuk bermalam di Banglo yang disewa khas oleh ipar. Malamnya kami makan-makan bersama-sama keluarga mak cik isteri yang datang dari Seremban. Keesokkan harinya pada 4 Disember 2010 tepat pukul 12.30 tengah hari, kedua-dua orang mentuaku dikejutkan dengan majlis di dalam bilik khas.
Bertemakan emas dan merah, tangga naik ke bilik khas dihias indah, begitu juga backdrop dalam bilik tersebut. Mereka berdua disambut dengan selawat dan kemudiannya bacaan doa. Semua tetamu yang hadir makan makanan yang telah terhidang. Selepas itu anakku turut memberikan ucapan penghargaan dan doa kepada mentua dalam majlis tersebut, selain mak cik isteriku yang bercerita tentang kisah lampau dalam ucapannya. Tayangan slaid dipertontonkan tentang kisah mentuaku yang dibuat dan dihasilkan oleh anakku, Atif berlatarbelakangkan lagu "Unforgetable" nyanyian Nat King Cole, lagu kegemaran mentuaku.
Dalam ucapannya, ayah mentuaku terharu dengan sambutan yang diadakan untuk mereka berdua dan langsung tidak menyangkakan jamuan tersebut diadakan khusus untuk meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-50. Selepas segi bergambar beramai-ramai, semua pulang dengan perut yang penuh dan sarat dengan kenangan manis.
Pulang semula ke Banglo yang disewa khas, menghabiskan masa bersama-sama makan-makan, mandi-manda di swimming pool dengan anak-anak dan sepupu-sepupu mereka. Kenangan indah yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila...

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke-50 buat mentuaku berdua.

Sabtu, 13 November 2010

Jerayawara Cherating-Kota Kinabalu-Pulau Pinang-Ipoh Okt-Nov 2010

Alhamdulillah lengkap sudah Jerayawara Cherating-Kota Kinabalu-Pulau Pinang-Ipoh yang bermula padaOktober hingga November 2010. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana keterlibatan 100% membantu Kementerian Pelajaran Malaysia menyebarkan dan memberikan Pendedahan Teks Baharu Komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 2 dan Tingkatan 5.

Gembira kerana semuanya sudah dapat dilengkapkan dan berakhir dengan selamat. Terima Kasih dan Tahniah kepada Encik Sairi Adenan selaku Penolong Pengarah Unit Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu, Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM, Putrajaya kerana memberikan peluang dan ruang untuk berjerayawara seluruh Malaysia sepanjang Tahun 2010 ini. Satu pengalaman yang sukar dilupakan dan memberikan kepuasan dalam 25 tahun perkhidmatan.

Bersama-sama Puan Hajah Rohaya bt Abu (GC Sastera) @ Kak Roy memang menyeronokkan, tidak pernah lokek dengan ilmu dan pengalaman menjadikan diri ini bergitu dihargai dan bermakna terutama sewaktu bertugas di keempat-empat lokasi utama.
Rumah Kak Roy di Melaka
Masakan Ikan Laut Fresh oleh Kak Roy

Lokasi Pertama ialah Cherating Pahang.

Lokasi Kedua ialah Kota Kinabalu, Sabah
Lokasi Ketiga ialah Institut Latihan Kecemerlangan Mara, Pulau Pinang
Lokasi Keempat ialah Ipoh, Perak

Menemui guru-guru seluruh Malaysia dari Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Kelantan, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putra Jaya, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan Labuan memang menyeronokkan. Puas menaiki kapal terbang dan mendapat layanan kelas pertama daripada Encik Sairi Adenan, malah gembira dan seronok tinggal di Hotel-hotel dengan layanan 5 bintang.

Syukur berkat penat lelah, berjaya juga akhirnya menamatkan jerayawara ini dengan jayanya tanpa sebarang masalah yang timbul. Terima kasih kepada semua pihak yang sudi menghulurkan bantuan dan kerjasama termasuk guru-guru, para pegawai JPN, pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM. Terima kasih Encik Faudzan, Encik Sairi, Kak Roy, Ashri, Zaiman, Kak Non, Zinaida, Azaliah, kerana sama-sama membantu menjayakan jerayawara ini.

Daun Selasih si daun keladi,
Terima Kasih sekalung Budi.

Khamis, 14 Oktober 2010

Ke Brunei Darussalam kali ke-2

Berhenti di R&R Seremban

Pada 8 Oktober 2010 sekali lagi ke Miri untuk masuk ke Brunei Darussalam bersama-sama lapan orang yang lain. Kunjungan kali ini adalah kunjungan rasmi di sebuah sekolah di Brunei Darussalam iaitu Sekolah Menengah Masin. Tugasan terakhir bagi tahun 2010 telah dirancang seawal tahun lagi tetapi terpaksa ditunda kerana faktor kesibukan tugasan lain.
Menunggu Flight ke Miri
Penerbangan Airasia dari LCCT Sepang menuju ke Bandar Miri lewat 30 minit. Kami tepat tiba di Lapangan terbang Miri pada pukul 6.30 dan terus menuju ke Hotel penginapan untuk mengesahkan kehadiran kami. Terus makan di Cafenika sebuah restoran yang terkenal di bandar Miri. Makanannya telah ditempah awal2 lagi, semuanya menggunakan internet dan panggilan telefon sahaja.Pagi-pagi sudah bersiap-siap ke Brunei Darussalam untuk ke Sekolah Menengah Masin. Menaiki Pregeo memang memenatkan tetapi digagahi juga. Tiba di Sekolah Menengah Masin disambut dengan paluan hadrah. Sambutan hangat diberikan, selepas taklimat dan menandatangani perjanjian persahabatan, dibawa mengelilingi sekolah dan akhirnya tunjuk cara membuat ambuyat. Seronok dengan sambutan yang diberi dan berpuas hati kerana semuanya berjalan sebagaimana yang dirancangkan.
Di Sekolah Menengah Masin, Brunei Darussalam
Selepas mengunjungi Regalia Kebesaran Raja Brunei, makan tengah hari di sebuah restoran, kemudian mengunjungi Masjid Sultan Bolkiah untuk solat jamak qasar Zuhor dan Asar. Saat yang tidak dapat dilupakan adalah mengelilingi kampung air dengan menaiki bot.
Keesokan harinya sempat mengunjungi Sekolah Menengah Sains Miri dan menghabiskan masa di Bandar Miri, mengunjungi sekali lagi Muzium Petroleum, kilang kek Sarawak dan Borneo Handicraft, akhirnya makan 'hi-tea' di Hotel Mega dengan kawan-kawan. Bertolak pulang ke Lapangan Terbang Miri pada pukul 2 dan selamat tiba di rumah pukul 3.30 pagi keesokannya.