Selasa, 7 Disember 2010

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke-50

Tanggal 3 Disember 2010 genaplah 50 tahun ulang tahun perkahwinan Mentuaku, Tuan Haji Ismail bin Ahmad dan Puan Hajah Fatimah Binti Saad. Mereka disatukan pada 3 Disember 1960. Sambutan Jubli Emas diadakan di Hotel Equtorial Melaka dan dihadiri oleh 36 orang ahli keluarga. Kejutan yang dibuat kepada kedua-dua orang mentua telah dirancang hampir setahun yang lalu. Semua urusan dilakukan melalui mukabuku (Facebook) oleh isteri dan iparku bersama-sama mak cik dan anak-anak saudara mereka.
Pada 3 Disember 2010, kesemuanya bergerak ke A Famosa Resort untuk bermalam di Banglo yang disewa khas oleh ipar. Malamnya kami makan-makan bersama-sama keluarga mak cik isteri yang datang dari Seremban. Keesokkan harinya pada 4 Disember 2010 tepat pukul 12.30 tengah hari, kedua-dua orang mentuaku dikejutkan dengan majlis di dalam bilik khas.
Bertemakan emas dan merah, tangga naik ke bilik khas dihias indah, begitu juga backdrop dalam bilik tersebut. Mereka berdua disambut dengan selawat dan kemudiannya bacaan doa. Semua tetamu yang hadir makan makanan yang telah terhidang. Selepas itu anakku turut memberikan ucapan penghargaan dan doa kepada mentua dalam majlis tersebut, selain mak cik isteriku yang bercerita tentang kisah lampau dalam ucapannya. Tayangan slaid dipertontonkan tentang kisah mentuaku yang dibuat dan dihasilkan oleh anakku, Atif berlatarbelakangkan lagu "Unforgetable" nyanyian Nat King Cole, lagu kegemaran mentuaku.
Dalam ucapannya, ayah mentuaku terharu dengan sambutan yang diadakan untuk mereka berdua dan langsung tidak menyangkakan jamuan tersebut diadakan khusus untuk meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-50. Selepas segi bergambar beramai-ramai, semua pulang dengan perut yang penuh dan sarat dengan kenangan manis.
Pulang semula ke Banglo yang disewa khas, menghabiskan masa bersama-sama makan-makan, mandi-manda di swimming pool dengan anak-anak dan sepupu-sepupu mereka. Kenangan indah yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila...

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke-50 buat mentuaku berdua.

4 ulasan:

  1. Salam Maal Hijrah Ku Din

    majlis yg menarik
    sambil meraikan ulang tahun mertua, dapat juga berkumpul adik beradik dan mengukuhkan ukhwah

    moga kedua mertua saudara dlm pemeliharaan Allah senantisa

    Wassalam

    BalasPadam
  2. Salam ziarah.
    Sungguh hebat perkongsian hidup selama 50 tahun.Mudah-mudahan keduanya dikurniakan Allah kesihatan yang baik utk terus beribadah kpd Allah dan ceria bahagia bersama keluarga tercinta. Tahniah!

    BalasPadam
  3. Assalam

    Bahagianyer....satu contoh teladan yg baik.

    BalasPadam