Selasa, 14 Disember 2010

Beijing 9-14 Dis 2010

9 Dis 2010
Impian kami sekeluarga untuk bercuti bersama-sama tercapai. Bertolak sewawal 1.20 pagi selepas menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran anak kedua 'Atif pada 9 Disember 2010, menuju ke KLIA menaiki bas yang disediakan. Check in pukul 6.00 pagi dan terus sarapan di McD. Berdebar-debar menunggu untuk terbang dengan MH1030 ke Beijing bersama-sama 20 orang yang lain. Berangkat pukul 9.15 pagi dan Dalam flight semuanya terlena sebab sepanjang malam tidak tidur lena. Exited nak main salji...
Tiba di Beijing pukul 3.30 petang, hari semakin gelap kerana matahari terbenam pukul 4.30 petang. Terus ke restoran... Makan time... selepas itu baru check in di Hotel Rainbow, hotel yang pernah dikunjungi tahun 2009 yang lalu. Jumpa lagi Encik Azamam dari Kedutaan Malaysia di Beijing membawakan makanan dan juga flask. Terima kasih atas layanan yang tidak terhingga, thermos tu sangat berguna kerana sentiasa digunakan sepanjang lawatan.
10 Disember 2010
Selepas sarapan pagi, mengunjungi Great Wall of China, sebelum itu singgah di pusat jade dan kristal. Menghabiskan 2 jam di Great Wall of China, walaupun tidak mendaki seperti pada tahun 2009, tetapi memberi peluang kepada anak-anakku menuju ke puncak. Pergi ke Pusat Krim Terbakar sebelum menghabiskan masa selama 2 jam shopping di Yaxiau Market, makan malam dan pulang ke hotel.
11 Disember 2010
Selepas sarapan pagi dalam bilik kami berangkat ke Medan Tianaanmen dan Forbidden City. Hari yang paling sejuk kerana suhu mencecah -12 degree. Perjalanan sepanjang 4 km mengambil masa hampir dua jam terdedah dengan suhu sejuk memberikan pengalaman yang tidak ternilai. Maklumlah tak pernah merasai sejuk sebegitu selain di Madinah pada tahun 2002, itupun suhunya cuma +9 tapi dah sejuk. Selepas tu mengunjungi pusat mutiara dan pusat perubatan tradisional Herba Cina. Semuanya direncanakan lebih awal, makan tengah hari awal, solat jamak qasar awal sebab hendak menyaksikan pertunjukan akrobatik, selepas itu barulah makan malam dan terus pulang ke Bilik 817,818 dan 819 Hotel Rainbow tempat kami menginap selama di Beijing.

12 Disember 2010
Katanya perlu bergerak seawal 8.00 pagi kerana hendak mengunjungi Summer Palace. Memang sejuk kerana tasik buatan di situ sudah membeku walaupun belum sepenuhnya. Tangan terketar-ketar kerana kesejukan, pemandangan di situ memang menawan hati. Bergerak ke pusat sutera dan pusat permata dan teh, selepas itu sebelum menghabiskan membeli belah di Silk Streer Market.


13 Disember 2010
Sarapan pagi di bilik hotel juga dengan menghabiskan makanan-makanan yang dibawa dari Malaysia, terus menghabiskan awal pagi ke Pusat Besi berhampiran Stadium Olimpik. Kemudian menghabiskan masa membeli-belah di Tianya Market, Silk Street Market dan Hong Yu Market, selain Toy City. Di situ terus ke rumah Encik Azamam untuk makan malam. Layanan baik daripadanya memang tidak terbalas, dihidangkan nasi berlaukkan sotong, ulam timun dan peria dengan sambal belacan dan sayuran dan pencuci mulut puding karamel, buah longan, keropok memang tidak dapat dilupakan. Kami makan menggunakan tangan kerana selama berada di Beijing hanya garfu dan sudu yang digunakan. Dihantar pulang menaiki kereta Chery baru mereka dan terus berkemas untuk berangkat pulang keesokan harinya.

14 Disember 2010
Seawal 5.00 pagi sudah menurunkan beg-beg pakaian ke lobi, sebelum check out pukul 5.30 pagi. Tiba di lapangan terbang Beijing dan terus solat subuh sementara menunggu beg2 di check in. Tepat jam 9.30 pagi berlepas pulang ke KLIA dan tiba pada pukul 3.30 petang. Anak sulungku terus ke Kajang menaiki limosin dan kami pulang menaiki bas yang disediakan ke Batu Pahat. Tiba di Batu Pahat pukul 8.00 malam dan tiba di rumah dengan selamatnya pada pukul 9.30 malam.
Kenangan bersama-sama famili yang tidak dapat dilupakan pada usia perkahwinan kami yang ke-20, sebagai hadiah hari lahir untukku (24 Nov), atiqah (7 Nov), Atif (9 Dis), Eya (24 Dis), ammar (17 Jan) dan isteriku anne (18 Jan). Bulan Mei 2011 nanti aku ke Perth ,Australia dan Hujung tahun 2011 atau awal tahun 2012 kami sekeluarga bercadang untuk menjadi tetamu Allah di MH dan MM di Kingdom of Arab Saudi.

6 ulasan:

  1. wow..,hehheh..,bile laa saye nak pergi beijing neh..,semoga abah sehat dan ceria selalu..,;)

    BalasPadam
  2. belajar rajin2... kerja bagus2... pastu kumpul duit banyak2... nanti anak abah boleh g beijing jugak...

    BalasPadam
  3. Salam

    Esok petang sabtu bersama anak anak akan terbang ke Beijing. Baca n3 ini dapat gambaran suasana sekarang di sana. Nampak semua happy...

    BalasPadam
  4. Salam YB. Selamat berangkat... kalau maklumkan lebih awal dapatlah saya kenalkan seseorang di sana (orang Kedutaan)

    BalasPadam
  5. Asslkm

    Baca N3 ni terasa seronok...dapat rasa musim sejuk tu satu yg tak dpt dilupakan.

    BalasPadam
  6. senangnya kalau bisa kumpul bareng kluarga kaya gini terus...Obat Asam Urat

    BalasPadam