Isnin, 12 Julai 2010

Resort World Singapura 3 Julai 2010

SINGAPURA, 3 Julai 2010. Sekali lagi aku ke Singapura membawa serombongan 34 orang pelajar sekolahku. Pada kali ini aku membawa pelajar-pelajarku ke Resort World di Pulau Sentosa, Singapura. Seawal 6.00 pagi pelajar-pelajarku sudah bersiap dengan penuh 'exited' untuk memulakan perjalanan ke Kota Singa. Singgah di R&R Gelang Patah dengan keadaan hujan renyai-renyai dan kemudian lebat, dengan penuh harapan kami melepasi Imigresen Malaysia dan Singapura. Oleh sebab semuanya mempunyai pasport antarabangsa, perjalanan kami bertambah mudah.

Kunjungan kali ini memang sudah dirancang sekian lama setelah beberapa kali tergendala dan tertunda sebab persediaan untuk menghadapai peperiksaan pertengahan tahun. Perancangan yang dijalankan terus dilaksanakan apabila mendapat kelulusan dan tarikh yang sangat sesuai. Walaupun aku baru sahaja pulang daripada Pulau Sentosa 1 Julai 2010 yang lalu bersama-sama rombongan pengantarabangsaan, tetapi demi tugasku ini, aku persiapkan diri mental dan fizikal membawa dengan gembira pelajar-pelajarku ke Resort World.

Tepat jam 10.30 pagi kami tiba di tempat yang sama di Pulau Sentosa, kemudian aku mengambil tiket yang telah ditempah dan membawa pelajar-pelajarku memasukki Universal Studio di Resort World. Perkara pertama yang dilakukan ialah mengambil baucar daripada kaunter yang disediakan iaitu baucar makanan dan barangan. Taklimat ringkas diberikan di pintu masuk kepada pelajar-pelajarku. Keselamatan diri juga harus ditekankan sepanjang berada di Resort World ini. Pesanku agar jangan berjalan berseorangan dan menggunakan secret word apabila menghadapi bahaya. Berkumpul semula di tempat yang sama pada pukul 4.30 petang tanpa kompromi.






















4 ulasan:

  1. Salam cikgu

    Kat mana n?..dalam pulau sentosa ke? mama ketinggalan...sangat cantik, berapa bayar masuk? Yg ada macam hollywood tu pegi tak?

    Lagu tu macam lagu kat blog CI!

    BalasPadam
  2. Ini di Resort World atau Universal Studio. Tiket masuk SD74.00 bersamaan RM180. Memang menarik, masuk boleh bermain apa2 sahaja beberapa kali tanpa bayaran lagi. Dapat voucer SD5.00 untuk makanan dan SD5.00 untuk barangan...

    BalasPadam
  3. saya org sini belum kesana, rasanya mahal sangat. cikgu mengajar dimana?

    BalasPadam
  4. saya mengajar di Muar, Johor. Ini merupakan program sekolah, dan semua perbelanjaan ditanggung oleh pelajar sendiri. Saya cuma mengelolakannya sahaja.

    BalasPadam