Khamis, 14 Oktober 2010

Ke Brunei Darussalam kali ke-2

Berhenti di R&R Seremban

Pada 8 Oktober 2010 sekali lagi ke Miri untuk masuk ke Brunei Darussalam bersama-sama lapan orang yang lain. Kunjungan kali ini adalah kunjungan rasmi di sebuah sekolah di Brunei Darussalam iaitu Sekolah Menengah Masin. Tugasan terakhir bagi tahun 2010 telah dirancang seawal tahun lagi tetapi terpaksa ditunda kerana faktor kesibukan tugasan lain.
Menunggu Flight ke Miri
Penerbangan Airasia dari LCCT Sepang menuju ke Bandar Miri lewat 30 minit. Kami tepat tiba di Lapangan terbang Miri pada pukul 6.30 dan terus menuju ke Hotel penginapan untuk mengesahkan kehadiran kami. Terus makan di Cafenika sebuah restoran yang terkenal di bandar Miri. Makanannya telah ditempah awal2 lagi, semuanya menggunakan internet dan panggilan telefon sahaja.Pagi-pagi sudah bersiap-siap ke Brunei Darussalam untuk ke Sekolah Menengah Masin. Menaiki Pregeo memang memenatkan tetapi digagahi juga. Tiba di Sekolah Menengah Masin disambut dengan paluan hadrah. Sambutan hangat diberikan, selepas taklimat dan menandatangani perjanjian persahabatan, dibawa mengelilingi sekolah dan akhirnya tunjuk cara membuat ambuyat. Seronok dengan sambutan yang diberi dan berpuas hati kerana semuanya berjalan sebagaimana yang dirancangkan.
Di Sekolah Menengah Masin, Brunei Darussalam
Selepas mengunjungi Regalia Kebesaran Raja Brunei, makan tengah hari di sebuah restoran, kemudian mengunjungi Masjid Sultan Bolkiah untuk solat jamak qasar Zuhor dan Asar. Saat yang tidak dapat dilupakan adalah mengelilingi kampung air dengan menaiki bot.
Keesokan harinya sempat mengunjungi Sekolah Menengah Sains Miri dan menghabiskan masa di Bandar Miri, mengunjungi sekali lagi Muzium Petroleum, kilang kek Sarawak dan Borneo Handicraft, akhirnya makan 'hi-tea' di Hotel Mega dengan kawan-kawan. Bertolak pulang ke Lapangan Terbang Miri pada pukul 2 dan selamat tiba di rumah pukul 3.30 pagi keesokannya.



Selasa, 5 Oktober 2010

Terima Kasih Ayahzain


5 OKT 2010, terharu kerana seawal pagi sudah menerima cenderamawa daripada Ayahzain Ceriakan Hari-Harimu di www.dzairoy.blogspot.com . Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ayahzain kerana kesudiannya mengirimkan cenderamata tersebut kepada saya. Jazakallah.

Sabtu, 2 Oktober 2010

Jalan2 Jumpa Geng Lama

Add Image2 Oktober 2010 detik berharga kerana setelah hampir 25 tahun tidak berjumpa, berkumpulah kembali di Kuala Lumpur. Plan awal aku hanya berjumpa Jamil Rahman dan Jailani Yassin. Jamil memang kerap berjumpa terutama setiap kali transit di Kuching. Kami memang akrab apatah lagi tinggal serumah sewaktu di Maktab Perguruan pada tahun 1983 yang lalu. Aku memang rapat dengannya apatah lagi dulu dia ada adik perempuan yang cun... malangnya Jamil ni tak bagi peluang langsung... huhuhu

Jailani Yassin pula memang kembarku yang selalu menyakitkan hati dan membuatku merajuk selalu, teman yang akrab dan banyak cerita lama tersimpan dalam lipatan kenangan masing-masing. Inilah pertemuan selepas tidak berjumpa selama 25tahun. Kali terakhir bertemu dengannya di Mentakab sekitar tahun 1986, sehingga sekarang barulah dia dapat ditemui. Mengembang hampir 200%, memang best jumpa kau bro...
Abdullah Harun kali terakhir ditemui pada tahun 1986. Aku ikut dia pulang ke Pedas Negeri Sembilan, kali terakhir berjumpa ayahnya dan kakaknya yang meninggal dunia tidak lama selepas aku bertemu mereka. Aku tak boleh lupa pandangan terakhir ayahnya sewaktu aku menoleh dari belakang motor yang dipandu oleh dek. Dolah, sapu tangan kau masih aku simpan... tapi hingus yang kausapu kat sapu tangan tu dan aku basuh.

Abdullah Ibrahim dan juga Ridzuan Ramli memang tidak dijumpai sejak posting dahulu. Masih macam dahulu2 juga, periang dan aku terasa ko memang masih anggap aku kawan ko macam dulu2...
Thanks korang... Kalau aku tak datang REUNION 4 Disember nanti bukan bermakna aku tak mahu menunjukkan diriku yang makin tembam ni, tetapi mungkin ketika itu aku tiada di Malaysia atau mana tau ajal maut di tangan tuhan...
Apa2pun aku puas hati jumpa korang.

Be Strong Acap



Walaupun kami sedih dengan kemerosotan kesihatan dan tubuh yang semakin kurus akibat tidak berselera makan lantaran kimoterapi yang dijalani, kami mendoakan agar Acap akan segera sembuh, dan sokongan 100 peratus kami berikan.


Terima kasih kepada keluarga Acap yang sudi menerima kunjungan kami, terima kasih sebab sudi melayan kerenah kami. Kami doakan ketabahan keluarga menjadi kekuatan kepada Acap. Semuga Syurga balasannya.

Asyraf tabahlah menghadapi ujian Allah ini. Kami semua sayang Acap.



Jalan2 di Shah Alam - Lapar




24 September yang lalu sewaktu menghantar anak sulongku pulang ke MSU, sempat singah di Shah Alam untuk makan nasi ayam penyet...